Saturday, March 21, 2009

" badi "

mengecewakan apabila pasukan pilihan juara " chelsea " kalah di tangan tottenham hotspur..aku tak mengharap sangat kemenangan akan berpihak kepada chelsea kerana aku sedar bahawa hotspur merupakan badi kepada chelsea..

adakah percaturan guss hiddink salah dari taktikal, corak permainan ataupun pemilihan para pemain..dari segi perlawanan adalah seimbang kerana kedua2 pihak saling menyerang balas..aku tidak menyalahkan beliau ( hiddink ) kerana tempoh peralihan kuasa tidak cukup semusim bagi beliau namun inilah dinamakan bola sepak..the special one " mourinho " juga tidak mampu untuk membuang badi tersebut..

Terima kasih pada modrid kerana membuat peminat setia chelsea kecewa..tapi aku yakin kebangkitan chelsea akan bermula..kepada manchester united, terimalah kekalahan memalukan buat kali kedua kepada fulham..selepas dibelasah liverpool 4-1..

Friday, March 20, 2009

" pertama kali "

3M ( membaca, menulis dan mengira )

assalamualaikum..selamat sejahtera..


Mendung je malam ni, dengan deringan titisan hujan rintik2 dan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan hati ku tenang, damai. Kedengaran di halwa telinga aku dengan bait-bait lirikan lagu ciptaan sang penulis lirik dan nyanyian sang penyanyi. Takkan pula sang penari.


Ini pertama kali aku cuba menulis. Aku tak tau ape yag aku nk cuba tonjolkkan. Adakah cara penulisan aku?, keinginanku ataupun sekadar suka-suka je, tetapi apa yang pasti aku sentiasa ingin mencuba.


Kalau diikutkan aku ni bukanlah seorang penulis. Cuma menulis karangan masa sekolah dulu walaupun markah sekadar melepaskan batuk di tangga. Hehehehe. Mana tidaknya, menulis ikut selera sendiri dengan menegetepikan format-format formal yang telah di garis panduankan. Sebenarnya kita diberi penekanan sejak kecil lagi untuk menulis walaupun kita sedar yang kita tidak boleh menulis sebagus prof madya razak mohiddin.


Tapi tidak kisahlah aku di tahap manapun. Bagus atau tidak terpulang pada yang membacanya. Bagiku, aku sedang mencuba dan terus mencuba.

Sekian, terima kasih